Monday, February 23, 2009

Moment

Hari ni 10 January 2009..dah seminggu ayah pergi menghadap Ilahi. Aku,along,mak dan dikwan ada kat rumah. Diknor dah balik asrama semalam. Hari ni along dah keje semula. Aku pun sama. Kerja semula kt pusat tuisyen tu, Cuma sekarang bukan full, tapi part time. Sedih jgk, tapi taka pa lah. Mungkin rezeki aku kt tmpt lain. Buat sementara ni, aku sibuk nak uruskan hal-hal arwah ayah yang belum setel lg. KWSP, Koperasi, pencen, finance kereta, tukar nama dll. Banyak sangat benda kena buat. Harap2 aku ada banyak kekuatan nak uruskan semua ni.
Dah 2 malam tak baca yasin kt ayah. Semua orang cuti. Kesian ayah kt dalam kubur. Mesti gelap gelita. Dah 2 malam jugak aku tidor dgn mak. Kesian kt mak.walaupun tak Nampak dia sedih, tapi aku tahu mak lagi sedih. Tak ada tempat bergantung lagi, yang ada cumalah anak-anak.
Kdg2 aku rasa macam ayah ada lgi..mcm ayah pergi kerja luar, Cuma tak tahu bila dia akan balik, padahal ayah tak kan balik lg buat selama-lamanya. Kdg2 teringat jgk, sepanjang tempoh 2 bulan masa ayah ada kat hospital, aku berulang alik tengok ayah. Ayah bagi duit, dia ckp nak beli ape, nk makan ape, beli saja. Padahal selama ni ayah jarang bagi duit dan aku pn tak pernah mintak duit. Kalau dia bagi aku ambik la.
5 hari sebelum ayah meninggal, aku ingat lagi, hari isnin, aku cuti, aku pergi hospital, Nampak ayah selimut tebal. Mata dia celik lag, Cuma masa tu ayah dh kurang bercakap, suara dia serak2 sebab kahak dlm kerongkong dia tak keluar. Ayah cakap dia sejuk. Ptg tu aku duduk lama kt hospital. Masa tu ayah dh mula tak boleh nk ludah kahak. Mak menangis. Aku keluar ke balkoni, sebab aku pn sedih jugak. Dkt kol 5, aku balik sebab nk amik along kerja. Malam tu, mak tepon, suruh gi hospital sebab ayah mcm tenat, maybe xleh bernafas. Mok long, tok wan, mok su semua ada. Semua org menangis Nampak ayah mcm tu. Kesian ayah. Dikwan x mari pn. Dia pg jln2 dgn kwn dia. Mlm tu semua tido kt hospital dan dah mula baca yasin. Sedih tgk ayh sakit.
Hari selasa aku cuti. Ayah still xleh ludah kahak dan dia makin teruk. Dia dh tak ada tenaga. Lgpn sepanjang duduk hospital ayah x leh makan minum. Cuma minum susu dan air ikut wayar. Aku pegi rumah toki nak mintak air penawar. Rumah toki dkt dgn masjid Kristal. Hari rabu aku kerja full. Tapi aku takut nak tinggal ayah. Masa tu dh ramai kwn2 pejabat ayah dtg lawat ayah. Masa tu nurse dh mula sedut kahak ayah pakai wayar sebab kahak yg bnyak buat ayah x leh bernafas. Sedih sgt tgk nurse sedut. Aku tahu ayah rasa sakit tiap kali nurse tu sedut. Tapi tu satu2nya cara nk buat kahak ayah keluar dan ayah boleh bernafas. Kdg2 ayah gigit wayar tu sebab dia xnk kena sedut. Aku dgn mok pujuk ayah. Masa sedut, tak banyak kahak keluar, kdg2 ada darh. Sedih sgt.
Hari rabu aku kerja juga tapi aku masuk jam 3 sampai 6 je. Pastu k.noli bagi cuti 2 minggu sebab dia takut aku xleh dtg kerja. So dia bagi cuti siap2. Malam tu, aku kak long dgn mak tak tido. Sebab ayah tak tido, susah nk tido sbb dia xleh bernafas.
Hari jumaat, ayah tutup je mata. Nak buka mata pn tak larat. Aku dgn kak long baca yasin lagi. Hari kamis dgn jumaat ramai sgt org dtg tgk ayah. Tapi ayah tak buka mata pn. Ptg jumaat, dkt maghrib, ayah sesak nafas. Semua org takut. Panggil doctor, dia tepuk2, sedut lg kahak tu dan ayah ok sikit, masa tu, dh x benti baca yasin dan ajar ayah mengucap. Aku smpai xleh baca yasin, aku sedih sgt. Aku ajar ayah mengucap, ayat kursi dgn kul-huwallah. Aku Tanya ayah ingat dalam hati, ayah jgn lupa pn, ayah angguk –angguk. Masa tu ayah larat lg nk angguk kepala. Masa tu aku aku cakap kt ayah, angah mintak maaf bnyak2. Ayah angguk.aku Tanya ayah, ayah maaf angah dok? Ayah angguk. Malam tu pun aku tak tido. Tiap kali aku ajar ayah mengucap, aku Tanya, ayah dengar tak, bila ayah angguk, aku lega sebab ayah dengar dan ikut. Malam tu aku tak sedar dan tak tahu bila ayah tidor.
Hari sabtu, aku balik kejap, amik barang2 diknor sebab dia dh nk blk asrama. Cikgu dia xbagi cuti lg. cikgu dia suruh balik asrama dulu. Hari sabtu, aku, mok dgn tok wan je yg jaga ayah. Kak long hantar dikno kt tanah merah. Dikwan pergi jalan dengan kwn dia. Hari sabtu tu, ayah xbuka mata sikit pun. Mak ckp ayah dh xlarat. Badan ayah panas sangat. Aku tuam dgn tuala. Aku gilir2 baca yasin dgn ajar ayah mengucap. Aku tak tahu ayah tido ke tak sebab aku panggil ayah dia tak angguk pun. Masa tu aku Cuma berdoa pada Allah, kalau nak amik ayah pun tak apalah sebab aku sedih dgn kesian tgk ayah sakit. Hari tu aku ngantuk dan sakit kepala tapi aku tak tido pn. Hati aku ckp jgn tido. Baca yasin lagi. Ajar ayah mengucap lagi. Lepas asar, ayah sesak nafas.semua orang tak tahu buat apa. Aku tepuk2 dada ayah.mesin tu naik 50 lebih. Hari sabtu mesin oksigen tu Cuma 50 lebih je. Aku tahu ayah dah x larat. Masa maghrib, ayah sesak nafas lg, mak long suruh panggil nurse, kak long ckp xpayah. Aku baca yasin, ajar ayah. Pas tu dkt kol 8, aku gi semayang maghrib. Lepas aku semanyang,ayah dh nak pergi. Dengup jantung dah tak ada. Nafas Cuma perlahan. Aku ajar ayah mengucap lagi tapi aku menangis. Mak long marah aku. Mak pun marah aku. Tok wan peluk aku. Aku ajar ayah mengucap lg, tapi dengan suara yg kuat dan tak berhenti pun. Tangan aku Cuma lap badan ayah yang panas. Aku tanggalkan penutup oksigen, aku buang tiub yg doctor letak dlm mulut ayah, nmpak byk kahak dgn darah. Aku sedih sgt.
Jam 8;35 malam, ayah selamat pergi mengadap Ilahi. Mulut aku tak berhenti lagi mengucap 2 kalimah syahadah padahal ayah dah tak ada. Aku sedih sgt tapi dlm hati aku bersyukur sebab ayah dah tak menanggung kesakitan lagi. Pak long panggil nurse. Aku still lg kat tepi ayah. Nurse bersih pampers ayah. Aku Nampak najis ayah warna hitam. Padahal ayah dh xleh buang najis ikut dubur. Nurse ikat mulut ayah sebab mulut ayah terbuka sebab dh lama letak tiub dalam mulut dia jadi xleh tertutup rapat. Aku tolong nurse bersihkan ayah. Bdan ayah sejuk. Nurse tukar cadar dan ttup ayah dengan kain putih. Aku tolong mak kemas brg2 tapi mulut aku tak berhenti lg mengucap kalimah syahadah. Mcm tak boleh nak berhenti. Aku pergi sembahyang isyak lepas kemas barang tapi aku tak khusyuk pn. Lepas semayang mulut aku sebut lagi kalimah syahadah. Aku tak tahu kenapa mulut aku tak leh benti sebut kalimah syahadah. Aku menangis lagi kat dalam surau. Penat menangis, aku baring. Ton ada kol aku, tapi aku tak boleh cakap ape2 pn, aku Cuma menangis je. Dia cakap dia pn tak tahu nak cakap apa. Dekat kol 10, along datang dan peluk aku. Aku makin kuat menangis. Aku seorg saja yg tak benti menangis. Along cakap jangan menangis lagi, kesian ayah. Kalau aku menangis, ayah lagi sedih sebab aku macam tak relakan dia pergi padahal ayah kena pergi sebab dah ajal dia.
Lepas tu, aku, aku ke wad semula. Aku Nampak keranda jenazah dan atendent hospital siap sedia masukkan ayah dalam keranda. Aku sedih lagi, mulut aku still lagi mengucap tapi perlahan je. Masa dalam lif, aku diam je. Sampai kat bawah, aku ikut je jenazah ayah ke van jenazah. Mak dgn mak long 2 orang naik van jenazah ke kg. sungai tong, setiu. Kat sana ayah akan di kuburkan bersama toki aku, ismail maalaf@LeeBeng. Aku dgn tok wan balik dgn mak teh aku. Sampai kat kg dekat kol 11. Aku Nampak jenazah ayah di tutup dgn kain batik. Aku tengok dari jauh je. Mak dh tido sebab dia dh penat. Mak long suruh aku tido dulu. Mata aku pn dh bengkak. Aku pn tido je sebelah mak. Kak long dgn dikwan pegi tanah merah amik dikno malam tu jgak. Kesian kak long ulang alik ke tanah merah hari tu.
Pagi ahad, mak suruh aku bangun awal dan mengaji kat ayah. Aku mandi, semayang subuh dan lepas tu aku baca yasin lagi. Kadang-kadang aku nak menangis tapi macam air mata dah tak ada. Lepas baca yasin, aku pegang janazah ayah. Sejuk sangat. Aku tak sedar aku tertidor. Aku terjaga lepas dengar bunyi bising. Pak su nak buka kain hospital yang balut jenazah ayah malam tadi. Aku tukar baju kurung ungu. Semua org bising2 sebab malam tadi takde org pn t`ingt nak buka penutup kain tu. Sepatutnya jenazah ayah kena bersih dan mandi dulu malam tadi baru mandi jenazah pagi ni tapi semua org lupa. Jenazah ayah bau sebab kahak ayah dah keluar dan nurse pun tak bersihkan malam tadi. Yg buat jenazah ayah bau bukan sebab bau mayat, tapi bau kahak yg bercampur dengan darah yang tersekat dan tak leh kuar dr kerongkong ayah semalam. Sementara tunggu org datang mandikan jenazah dan persiapan lain, aku seorg saja duduk sebelah jenazah ayah. Aku lap je kahak ayah yg keluar . masa aku duduk sebelah ayah, ramai jgk kwn2 ayah yg datang dan sedekahkan al-fatihah dan yasin kt ayah. Pok cik Rashid cakap kt aku, sabar dan jangan menangis lagi.
Tak lama lepas tu, ayah cik dgn pok su dtg bwk bekas mandi mayat. Aku tak tengok org mandi mayat ayah. Lepas mandi, ayah di kapankan. Bau air mawar dgn kapur barus semerbak kat dalam rumah. Aku tengok ayah dah bersih. Ayah dipakaikan kopiah putih, di bedakkan. Bau wangi juga. Dah tak bau busuk kahak. Pak cik yg kapankan ayah suruh anak anak cium ayah. Mak sedara, tok wan cium ayah. Aku tak menangis lagi. Pak cik tu cakap, berpisah sekarang, nanti jumpa lagi kat akhirat. Aku sebak sangat bila pakcik tu ckp mcm tu. Lepas tu, semayang jenazah dan lepas semayang, jenazah ayah di lapik dgn daun pisang dan bantal baru di masukkan dalam keranda. Lepas tu, keranda di letakkan dalam lori. Tak ramai pn yg pergi ke tanah perkuburan. Masa sampai kt tanah perkuburan, tak panas sgt dan tak hujan pn. Masa tu dh nk dekat tengahari, tapi belum zuhur lagi. Masa org2 lelaki letak tanah sikit2 dalam keranda ayah, aku Nampak jenazah ayah diletakkan mengiring dan ruang tepi dalam keranda dipadatkan dengan gumpalan tanah. Sedih juga tapi aku tak menangis lagi. Lepas ruang tepi keranda padat, keranda pun di tutup dan lepas tu tanah mula di masukkan sedikit demi sedikit. Dekat zuhur, tok imam datang, baca talkin. Sedih, takut dan macam2 lagi perasaan yg ada masa dgr talkin tu. Lepas selesai talkin, siram kubur ayah dengan air, dan lepas tu hujan renyai2. Kak long cakap, ayah ada lagi kat situ sehinggalah seorg demi seorg tinggalkan tanah perkuburan. Sebelum pergi, aku sedekahkan al-fatihah dan dalam hati aku cakap” selamat tinggal ayah”..
Ayah yang disayangi.. terima kasih kerana telah menjaga kami semua. Terima kasih kerana telah memberi kebahagian dan kehidupan kepada kami semua. Terima kasih di atas pengorbanan ayah selama ini. Walaupun ayah telah pergi, ayah sentiasa berada dekat di hati kami. Kami berharap ayah akan sentiasa di berkati dan dirahmati di sana.
Al-Fatihah untuk ayah, Allahyarham Zahari Bin Ismail Maalaf@Lee Beng yang selamat ke Rahmatullah pada 3 Januari 2009 bersamaan 6 Muharam 1430.